Wednesday, July 2, 2025

Terma & Syarat

Deposit

Deposit tempahan tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Deposit tempahan adalah sebahagian dari harga sewaan. Tiada bayaran deposit sekuriti dikenakan ketika mendaftar masuk. Sebarang pindaan tarikh tidak akan dilayan.


Bilangan Kesesuaian Tetamu

Maksimum 14 pax (termasuk kanak-kanak)


Harga Sewa (Musim Biasa)

RM350.00/malam (bilangan tetamu 10 orang dan ke bawah)

RM450.00/malam (bilangan tetamu 11 orang dan ke atas)


Harga Sewa (Musim Puncak)

RM450.00/malam (bilangan tetamu 10 orang dan ke bawah)

RM600.00/malam (bilangan tetamu 11 orang dan ke atas)


Deposit Tempahan

RM100.00/malam untuk lock tarikh, baki bayaran perlu dijelaskan sebelum check-in.


Diskaun

Akan dipertimbangkan untuk sewaan 3 malam dan ke atas.


Waktu Check-in / Check-out

Check-in: 3.00 petang

Check-out: 12.00 tengah hari.


Polisi Pembatalan

Deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan. Pindaan tarikh tidak dibenarkan. Sebarang tempahan yang telah berjaya dibuat dan tetamu telah membayar deposit tempahan dianggap telah bersetuju dengan terma ini.



PENGGUNAAN HOMESTAY

a)      Dilarang menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.

b)      Tidak dibenarkan menginap dengan tujuan selain untuk percutian dan pengumpulan keluarga.

 

TANGGUNGJAWAB PENGINAP

a)      Dilarang membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay.

b)      Dilarang membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.

c)      Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM50.00.

d)      Jika terdapat sebarang kerosakan kelengkapan dan peralatan rumah, pihak Homestay berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

e)      Sila pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa tidur atau keluar.

f)       Dilarang membuat kunci pendua.

g)      Dilarang merokok di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.

h)      Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.

i)        Tidak dibenarkan membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.

j)        Dilarang memaku, menconteng atau mengubah suai rumah di dalam atau di luar Homestay.

k)      Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum mendaftar keluar.

l)        Pastikan semua suis termasuk kipas, pendingin hawa  dan lampu ditutup apabila keluar atau meninggalkan Homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

m)   Segala kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan penginap adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab penginap sendiri.

n)      Pengurusan Homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak penginap.


Tempat Letak Kenderaan

a)     Pelanggan mesti menyusun kenderaan di kawasan yang disediakan dengan cara yang betul.

b)     Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.

 

Keselamatan Penghuni

a)      Keselamatan semua penghuni adalah dibawah tanggungjawab sendiri

b)      Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini.

 

Fasiliti & Kelengkapan

a)     Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan melakukan pembaziran

b)      Jika berlaku kehilangan dan kerosakan, pelanggan wajib memaklumkan kepada pihak Homestay.

c)      Kami amat menghargai kejujuran dan keikhlasan anda.

No comments:

Post a Comment